Monday 20 October 2014

Sinopsis Cerita Cinta Ahmad Ammar

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau.  Anak muda ini tidak menonjol dalam ruitn hariannya. 

Namun beliau yang merupakan pelajar cemerlang  mempunyai tahap intelek dan emosi  pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan  seorang syahid yang tertangguh. Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam perbagai misi  termasuk di Syria. 
Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyanyangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah saorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. Kematian yang hidup bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.
Allahyarham Ahmad Ammar meninggal dunia kerana dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliya’, Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.  

Menariknya, CCAA ditulis oleh ahli keluarga dan rakannya terdekatnya sendiri yang menceritakan kisah sewaktu hayatnya..~Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment