Monday 20 October 2014

PANTAI TIMUR- Nasi Dagang...

(1) NASI DAGANG

resepi-nasi-dagang-1
  • 4 cawan beras Jati
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair dan sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman ( minimum 4 jam )
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biarkan seketika.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia. Masukkan ke dalam nasi yang dikukus kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi untuk kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan.
(2) GULAI IKAN
resepi-nasi-dagang-2
Rebus Ikan bersama beberapa asam keping dan juga garam.
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 hiris halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
  • 1 1/2 liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka.
  • 10 biji cili padi
  • sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka.
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. Jangan masukkan asam keping rebusan ikan tadi supaya tidak masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak. Kalau mahu pekat masak lama. Siap.
(3) ACAR TIMUN
resepi-nasi-dagang-3
  • 1 batang Timun
  • 1 batang Lobak merah
  • 2 tangkai Cili Merah
  • 1 biji Bawang besar
- SEMUA dihiris memanjang
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu cuka
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.

No comments:

Post a Comment