Ramai orang menyangka jika mahu mengamalkan pemakanan yang sihat, mereka harus melupakan makanan segera yang digemari.
Hal ini ternyata salah. Banyak makanan ringan yang mempunyai khasiat tersembunyi yang kita tidak sedar. Antaranya ialah:
Gula-gula memanjangkan jangka hayat.
Ternyata kanak-kanak yang
gemar memakan gula-gula menjadi lebih sihat, berat badan normal dan
mengurangkan risiko penyakit jantung! Kajian lain pula mendapati orang
dewasa yang memakan gula-gula berkemungkinan mempunyai berat badan
berlebihan berbanding orang yang kurang memakan gula-gula. Walaupun
berat badan mungkin bertambah, gula-gula mampu memanjangkan umur kita
sehingga satu tahun.
Bertih jagung (pop corn) kurangkan risiko kanser.
Menonton filem
kegemaran di pawagam juga boleh menyelamatkan hidup anda. Bertih jagung
sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil 'polyphenols'. Polyphenol
ini berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit
lain seperti sakit jantung. Satu hidangan bertih jagung mempunyai lebih
polyphenol daripada buah-buahan dan sayuran.
Gula-gula getah makanan untuk otak.
Ramai orang berpendapat
gula-gula getah tidak mempunyai manfaat. Anda mungkin tidak sedar ia
boleh meningkatkan daya ingatan dan prestasi otak. Bukan itu saja, anda
telah mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan (terutamanya
makanan ringan yang tidak mempunyai kebaikan).
Cili legakan sakit.
Cili bukanlah makanan ringan namun dia juga bukan makanan untuk diet. Sesetengah cili mempunyai lebih vitamin C
berbanding buah oren. Bagi yang tidak tahu, cili boleh menyembuhkan
sakit perut dan juga diaplikasikan dalam tujuan perubatan hari ini. Cili
selalunya digunakan di dalam ubat sapu atau balsam untuk sakit sendi.
Jadi dalam perubatan, cili digunakan untuk memberi rasa hangat bagi
mereka yang mengalami sakit sendi.
Gula semulajadi baik untuk gigi.
Gula semulajadi ini selalunya
digunakan di dalam gula-gula getah, pudina dan gula-gula yang lain
kerana ia rendah kalori dan baik untuk gigi. Jika sering digunakan, plak
dan asid laktik yang boleh merosakkan gigi akan berkurangan. Bukan
sahaja membantu mengatasi masalah mulut, malah kanak-kanak yang
mengambil Xylitol ini dua kali sehari boleh mengurangkan risiko
jangkitan telinga sebanyak 25%.
Coklat baik untuk jantung.
Ramai yang sedia maklum bahawa coklat
boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung apabila
diamalkan setiap hari dalam kuantiti yang secukupnya. Makan sedikit
coklat mampu melembapkan kulit anda dan membuatkan wajah kelihatan
licin. Selain itu, coklat juga mampu membantu anda daripada terkena
sinaran UV.
~Wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment