Tuesday 21 October 2014

Ahmad Ammar Dalam Kenangan I Pemuda Cintakan Syahid

15 Tips Menurunkan Berat Badan !!


Rahsia Cahaya 5 Waktu

Dalam setiap pertukaran waktu antara solat terkandung rahsia tentang warnanya. Apakah maksud disebalik? Mari kita baca seterusnya.



Waktu Subuh. 
Jika kita sering memerhatikan waktu selepas subuh, ketika menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.

Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah: "Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di waktu pagi," (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tiroid. Bila kelenjar tiroid kita lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.

Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermula ketika azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor.
  Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangkan beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhur berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat ceria.

Waktu Asar
. Ketika masuk waktu asar, warna alam akan berubah menjadi warna oren, di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

Waktu Maghrib. 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red). Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib.

Waktu Isyak. 
 Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam yang berada dalam kegelapan di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau berehat.

Allahu alam..

Monday 20 October 2014

Makanan Sebelum Tidur ?

Apa Makanan Yang Baik Sebelum Tidur ??
  • Ceri
  • Susu
  • Beras 'Jasmine'
  • Bijirin
  • Pisang 
Apa Makanan Yang Tidak Baik Sebelum Tidur ?
  • Pasta
  • Aiskrim
  • Saderi
  • Coklat Gelap
  • Piza

Makanan Ringan Yang Sebenarnya Berkhasiat..

Ramai orang menyangka jika mahu mengamalkan pemakanan yang sihat, mereka harus melupakan makanan segera yang digemari.



Hal ini ternyata salah. Banyak makanan ringan yang mempunyai khasiat tersembunyi yang kita tidak sedar. Antaranya ialah:

Gula-gula memanjangkan jangka hayat.
Ternyata kanak-kanak yang gemar memakan gula-gula menjadi lebih sihat, berat badan normal dan mengurangkan risiko penyakit jantung! Kajian lain pula mendapati orang dewasa yang memakan gula-gula berkemungkinan mempunyai berat badan berlebihan berbanding orang yang kurang memakan gula-gula. Walaupun berat badan mungkin bertambah, gula-gula mampu memanjangkan umur kita sehingga satu tahun.

Bertih jagung (pop corn) kurangkan risiko kanser. 
 Menonton filem kegemaran di pawagam juga boleh menyelamatkan hidup anda. Bertih jagung sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil 'polyphenols'. Polyphenol ini berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain seperti sakit jantung. Satu hidangan bertih jagung mempunyai lebih polyphenol daripada buah-buahan dan sayuran.

Gula-gula getah makanan untuk otak. 

 Ramai orang berpendapat gula-gula getah tidak mempunyai manfaat. Anda mungkin tidak sedar ia boleh meningkatkan daya ingatan dan prestasi otak. Bukan itu saja, anda telah mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan (terutamanya makanan ringan yang tidak mempunyai kebaikan).

Cili legakan sakit. 
Cili bukanlah makanan ringan namun dia juga bukan makanan untuk diet. Sesetengah cili mempunyai lebih vitamin C berbanding buah oren. Bagi yang tidak tahu, cili boleh menyembuhkan sakit perut dan juga diaplikasikan dalam tujuan perubatan hari ini. Cili selalunya digunakan di dalam ubat sapu atau balsam untuk sakit sendi. Jadi dalam perubatan, cili digunakan untuk memberi rasa hangat bagi mereka yang mengalami sakit sendi.

Gula semulajadi baik untuk gigi. 

 Gula semulajadi ini selalunya digunakan di dalam gula-gula getah, pudina dan gula-gula yang lain kerana ia rendah kalori dan baik untuk gigi. Jika sering digunakan, plak dan asid laktik yang boleh merosakkan gigi akan berkurangan. Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut, malah kanak-kanak yang mengambil Xylitol ini dua kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan telinga sebanyak 25%.

Coklat baik untuk jantung.

Ramai yang sedia maklum bahawa coklat boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung apabila diamalkan setiap hari dalam kuantiti yang secukupnya. Makan sedikit coklat mampu melembapkan kulit anda dan membuatkan wajah kelihatan licin. Selain itu, coklat juga mampu membantu anda daripada terkena sinaran UV.

~Wallahu'alam~

Penumpang Kapal Titanic Terakhir Diselamatkan?..

Tahukah Anda?
Sudah 102 tahun peristiwa kapal Titanic berlaku namun, pada tahun 2006, terdapat dua orang yang masih hidup iaitu Barbara Joyce yang dilahirkan pada 24 Mei 1911 di Bournemouth, Dorset, England dan berusia 10 bulan ketika Titanic tenggelam.


Barbara Joyce (kiri) dan Elizabeth Gladys Dean

Seorang lagi ialah Elizabeth Gladys Dean yang lebih dikenali sebagai Milvina yang dilahirkan pada 2 Februari 1912 dan hanya berusia 10 minggu ketika kejadian berlaku dan merupakan penumpang paling muda dalam kapal tersebut pada ketika itu.

Namun Barbara telahpun meninggal dunia pada tahun 2007 dan akhirnya pada tahun 2009, Elizabeth juga telah meninggal dunia.

PAVLOVA !!




Bahan-bahan
4 biji telur putih (gred A)
1sudu teh cuka
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula kastor (ikut resepi guna 1 cawan)
sedikit esen vanilla
buahan segar seperti strawberry, kiwi, anggur, peach dll (rekemen buahan yg masam)
1 cawan whipping cream

Cara-cara
Pukul telur putih sehingga berbuih dan kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis serta esen vanilla dan pukul sehingga bertanduk @ meringue (apabila mangkuk kita terbalikkan adunan tak jatuh). Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka dan gaul sehingga sebati menggunakan spatula.


Ambil kertas baking paper buat bulatan menggunakan loyang kemudian terbalikkan baking paper. masukkan adunan pavlova dalam plastik atau piping beg dan paipkan pavlova mengikut bulatan yang telah kita lukiskan atas baking paper tadi, atau ikut kreativiti kita yer.. setelah selesai, bakar pavlova pada suhu 150 celcius selama 1 jam atau lebih dan pavlova kelihatan keperangan. bila dah masak... tutup oven dan jangan keluarkan pavlova biar dia sejuk dalam oven. Ini bagi mengelakkan pavlova kita crack atau pecah.

Pukul whipping cream sehingga bertanduk dan paipkan atas pavlova. Susun buahan ikut kreativiti kita. Ok siap.. Jom makan..